Bermula Hari Ini, Semua Kanak-Kanak Lahir Pada Atau Selepas 1 Januari 2020 Layak Dapat Suntikan Vaksin Pneumokokal

  cenderung menjangkiti kanak-kanak, ibu bapa kini boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal di semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara bermula hari ini bagi mencegah jangkitan tersebut.



Menurut Kenyataan Akhbar KP Kesihatan pada 24 November yang lalu, Pneumokokal berlaku disebabkan oleh jangkita bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.

Antara penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae adalah radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia). Komplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.

Penyakit Pneumokokal boleh dicegah dengan vaksin dan sangat efektif bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut kiriman KKM di Twitter, vaksin Pneumokokal akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan, diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Jika mempunyai sebarang persoalan mengenai vaksin ini, anda boleh mengajukannya kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel: imunisasi@moh.gov.my.

Sumber: KKMPutrajaya


Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Bermula Hari Ini, Semua Kanak-Kanak Lahir Pada Atau Selepas 1 Januari 2020 Layak Dapat Suntikan Vaksin Pneumokokal"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel