Rezeki’ Jatuh Atas Bumbung Rumah, Lelaki Dilapor Jadi Jutawan Segera Setelah ‘Batu Meteorit’ Bernilai Lebih RM7.6 Juta Terjual

 Gara  gara batu jatuh menimpa rumahnya, seorang lelaki di Sumatera Utara kini menjadi jutawan segera selepas objek itu terjual kepada pakar batu angkasa, lapor Daily Mail.




Menurut daily mail,J Hutagalung, 33, yang bekerja sebagai pembuat keranda telah menerima tawaran pembelian objek itu pada harga £1.4 juta, bersamaan kira-kira RM7.60 juta oleh pakar meteorit Jared Collins yang kini tinggal di Bali.


Batu berkenaan dianggarkan berusia 4.5 billion tahun dan dikelaskan sebagai CM1/2 carbonaceous Chondrite, batu yang amat jarang ditemui. Ia boleh dijual pada harga sekitar $1.85 juta atau $857 per gram (kira-kira RM3,514). Meteorit yang mempunyai kandungan logam dari angkasa boleh dijual pada harga mencecah $1,000 per gram.

Kongsi Josua, batu seberat 2.1 kilogram itu masih hangat dan akan terserpih ketika disentuh.

Batu itu telah menimpa rumahnya pada Ogos lalu, menyebabkan bumbung berlubang sebelum ia jatuh tertanam sedalam 15cm di sebelah rumah.


Collins kemudiannya menghantar meteorit yang diberikan nama Kolang itu ke AS di mana ia dibeli oleh Jay Piatek, seorang doktor dan pengumpul meteorit di Indianapolis.

Sebanyak tiga serpihan meteorit turut ditemui di kawasan sekitar, salah satunya dijumpai di sawah bendang kurang 3 kilometer dari rumah Josua.

Ia adalah batu meteorit,” kata Ketua Institut Aeronautik dan Angkasa Negara Indonesia, Thomas Djamaluddin. Katanya, kejadian meteorit jatuh ke kawasan berpenduduk adalah jarang berlaku.

“Terdapat banyak batu sisa daripada pembentukan sistem solar di angkasa. Kebanyakan meteorit jatuh di lokasi yang jatuh dari tempat tinggal seperti lautan, hutan atau padang pasir,” katanya.



Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Rezeki’ Jatuh Atas Bumbung Rumah, Lelaki Dilapor Jadi Jutawan Segera Setelah ‘Batu Meteorit’ Bernilai Lebih RM7.6 Juta Terjual"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel