Selama 3 Kali Dalam Setahun, Hanya Gunakan 3 Bahan Untuk Menghindari Wastafel Tersumbat


Tidak dinafikan bahawa, sisa lebihan makanan dan kuah akan berkumpul pada satu tempat dan menyebabkan saluran paip tersumbat. Air di sinki akan tertakung dan membusuk. Jadi, ini cara dan tips mudah untuk dijadikan sebagai rujukan semua.
Hanya rutin 3 kali setahun je. Setiap 4 bulan mesti akan cuci sinki untuk elakkan dari tersumbat… sebenarnya lebih kepada berjaga-jaga..tak perlu tunggu sumbat baru nak buat… Modalnya hanya RM6.40.
Apalah sangat kalau kita just labur RM6.40 untuk 4 bulan. Purata kos lebih kurang RM1.60 sebulan. Kenapa mesti 4 bulan…haha! saja jer la..terpulang la pada individu..nak buat 6 bulan sekali pon tak pe, rumah ko kan.
Ni mak buatkan step by step caner nak buat…tepek sini…just untuk rujukan sendiri sebab setiap kali nak buat mak mesti nak kena Google.

1. Ni la bahan yang diperlukan.

  1. Cuka RM3.50
  2. Soda bikarbonat RM2.90
  3. Air panas yang baru mendidih

2. Tabur jer soda bikarbonat kat lubang air sinki tu. Letak je banyak-banyak tak ape.


3. Biar seketika

4.  Curahkan cuka.

Masa ni jaga-jaga, berasap. Tindak balas soda dengan cuka tu…pastu biar je dalam 10 minit gitew.
Best tengok time ni. Tengok tu, kalau ko letak banyak soda tu lagi kebabom asap tu!

6. Curahkan air panas yang baru mendidih.

7. Tengok laju je air lalu ni kan, ok la…selamat mencuba…teruskan jadi rutin kalau tak nak susah kemudian hari..


Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Selama 3 Kali Dalam Setahun, Hanya Gunakan 3 Bahan Untuk Menghindari Wastafel Tersumbat"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel