Khusus Untuk WANITA Ikut Cara Ini Jika Mau Pastikan Faraj Dan Rahim Supaya Sentiasa Sehat. Wanita Wajib Baca Ini..!!
Ibu-ibu
wajib baca tip ini jika mahu memastikan rahim dan faraj dalam keadaan
sihat sepanjang usia. Ini juga salah satu cara bagi memastikan
kelancaran dan keharmonian dalam hubungan suami isteri. Penampilan tidak
sekadar dilihat dari segi luaran semata-mata.
Sebaliknya
jika cantik dalam maka cantiklah luarnya. Yang penting, penjagan
kesihatan dan kecantikan perlu seiring. Nah, beberapa kaedah yang boleh
membantu anda menjaga rahim dan faraj supaya sentiasa sihat dan bebas
dari sebarang masalah.
Mandi serum
Adalalah
mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang.
Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat. Lebih lagi
bagi yang jenis banyak angin kuss kuss tu.
Maka daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
• Daun pandan
• Daun limau purut
• Daun serai wangi
• Daun mengkudu
• Daun kunyit
Selain
bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu
melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit bersinar.
Mandi
serum paling mudah dilakukan dan tidak memerlukan belanja yang banyak
kerana bahan yang digunakan boleh diperoleh daripada dapur anda sendiri
iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tidak? Cuba dan
rasakannya sendiri.
2. Bertangas
Tidak
ramai yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh.
Sebenarnya senang sahaja, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan
tangas selama 20-30 minit.
Tangas
ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang
mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre
monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di
halakan pada faraj.
Tangas
kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan
di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu
perlu di halakan pada faraj.
Jangan
tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan
faraj yang bersifat ummphh. Segala toksin akan keluar dari faraj kita
melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.
Bahan paling simple untuk tangas basah adalah sirih+ manjakani
Tangas kering pula manjakani+ kunyit+halia+ halba+ perahan limau
Alaa..barang yang adadi dapur je kan?
3. Rendaman faraj.
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani.
Tunggu
air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap.
Lain pula jadi karang. Rendaman faraj dan tangas ni sesuai bagi wanita
yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat
masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk
melakukan kedua aktiviti ini.
4. Meruang.
Bagi
saya ini kalau tidak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang
tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang
faraj kita yang tidak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa
haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-lama timbul lah
lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan.
Meruang
ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk
yang bersih dan berkuku tumpul. Banyak kebaikan dari meruang ni.
Antaranya untuk mengetahui sama ada rahim jatuh atau tidak, faraj grip
atau tidak, sudah boleh mandi wajib ke belum dan sebagainya.
Ini
sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim
yang sihat secara luaran. InsyaAllah. Antara rajin atau tidak sahaja,
Antara mahu atau tidak sahaja. Tiada siapa memaksa,nak lebih usaha perlu
lebih.
sumber : Petua Ibu
0 Response to "Khusus Untuk WANITA Ikut Cara Ini Jika Mau Pastikan Faraj Dan Rahim Supaya Sentiasa Sehat. Wanita Wajib Baca Ini..!!"
Posting Komentar